Labels

Rabu, 17 April 2013

Usul Isyrin


  1. Islam adalah menyeluruh, mencakup semua bidang hidup; Islam adalah negara dan watan atau pemerintah dan ummat. Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman. Kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah. Akidah yang benar dan ibadat yang sah.
  2. Bagi seorang Muslim, Al-Quran dan hadis adalah menjadi sumber untuk mengetahui hukum-hukum Islam. Al-Quran difahami menurut kaedah-kaedah bahasa Arab, dengan tidak memberat dan meringankan. Hadis pula difahami melalui periwayat-periwayat hadis yang dipercayai.
  3. Iman yang benar, ibadat yang sah dan mujahadah adalah cahaya dan kemanisan yang dicurahkan Allah ke dalam hati sesiapa yang dikehendakinya, manakala ilham, lintasan-lintasan hati, kassyaf dan mimpi bukanlah menjadi dalil kepada hukum-hukum syariat. Perkara-perkara tersebut hanya dapat diterima dengan syarat perkara-perkara tersebut tidak bertentangan dengan hukum dan nas syariat.
  4. Jampi, mentera, mengaku mengetahui perkara ghaib dan seumpamanya adalah kemungkaran yang wajib diperangi, kecuali jampi-jampi dari ayat Al-Quran atau jampi-jampi yang diterima dari Rasulullah (s.a.w)
  5. Pendapat imam (ketua) dan timbalannya dalam masalah yang tidak dinaskan atau telah dinaskan tetapi nas tersebut boleh ditafsirkan dengan pengertian lain, demikian juga pendapatnya dalam masalah yang berhubung dengan maslahat umum, boleh diterima dan diamalkan sekiranya pendapat tersebut tidak bertentangan dengan kaedah syariat. Pendapat tersebut boleh jadi berubah menurut keadaan, persekitaran dan adat.
  6. Perkataan seseorang boleh diterima atau ditolak, kecuali perkataan Rasulullah (s.a.w) yang bersifat maksum. Perkataan para salihin yang dahulu (salaf soleh) mesti kita terima jika bersesuaian dengan Al-Quran dan hadith. Jika tidak, maka Al-Quran dan Hadithlah ikutan kita yang utama, tetapi kita tidak melemparkan kecaman dan mencacatkan seseorang dalam masalah khilafiah. Kita serahkan mereka dengan fiat mereka masing-masing kerana mereka telah melakukan sesuatu dengan apa yang mereka telah kemukakan
  7. Seorang Islam yang ilmunya belum mencapai darjat nazar (boleh mengeluarkan hukum dan dalil) dalam hukum-hukum furuk (cabang), sayugialah beliau mengikut mana-mana imam. Di simpang ikutannya itu adalah lebih baik jika beliau berusaha mencari dan mengetahui dalil-dalil imamnya. Ia hendaklah menerima tujuk ajar yang disertakan dengan dalil sekiranya beliau yakin orang yang memberikan petunjuk itu benar dan mempunyai keahlian. Sekiranya beliau tergolong dalam golongan ahli ilmu sayugialah beliau meyempurnakan iimunya hingga mencapai peringkat nazar.
  8. Perselisihan pendapat dalam masalah cabang hukum fikah tidaklah menjadi sebab perpecahan dalam agama. Ia sepatutnya tidak menjadi sebab perbalahan dan permusuhan, kerana setiap orang yang berijtihad diganjari pahaia. Tidakiah dilarang melakukan penyelidikan (melaui perbincangan) dalam masalah khilafiah jika bertujuan mencapai hakikat, dengan syarat perbincangan itu hendakiah di atas dasar mahabbah dan kasih sayang kerana Allah, serta bekerjasama untuk mencari kebenaran dan hakikat dengan tidak membawa kepada pertengkaran yang tercela dan taasub.
  9. Membincangkan masalah yang tidak berjejak kepada kenyataan (tidak membuahkan amal) adalah tergolong dalam perkara yang memberat-beratkan sesuatu. Memberat-berat sesuatu masalah adalah dilarang oleh syariat. Sebagai contoh: membincang cabangcabang hukum yang masih belum berlaku dengan membuat andaian-andaian, membincang penafsiran ayat-ayat Al-Quran yang belum dicapai oleh ilmu manusia, membincangkan keistimewaan-keistimewaan
    para sahabat Rasulullah (s.a.w) atau membincangkan pendapat para sahabat. Kerana para sahabat mempunyai keistimewaan sebagai seorang sahabat. Mereka diganjari menurut fiat mereka, tambahan pula masalah taawil adalah merupakan jalan keluar.
  10. Mengenal Allah, mentauhidkanNya dan membersihkanNya dari sesuatu yang menyekutuiNya adalah akidah yang paling tinggi dalam Islam. Ayat Quran dan hadith yang menyentuh sifat-sifat Allah hendaklah kita terima tanpa melakukan tafsiran dan takwilan. Kita jauhi perselisihan ulamak dalam masalah ini. Kita berpada dengan apa yang telah dipadakan oleh Rasulullah (s.a.w) dan para sahabat.
  11. Semua bidaah yang dilakukan dalam agama Islam tanpa sandaran asalnya dan dipandang baik oleh segolongan manusia menurut hawa nafsunya, sama ada dengan menambah atau mengurangkan apa yang telah disyariatkan, adalah termasuk dalam perkara-perkara yang sesat yang wajib diperangi dan dihapuskan. ini hendaklah dilaksanakan dengan cara yang paling baik supaya tidak membawa kepada perkara yang lebih buruk dari bidaah itu sendiri.
  12. Bidaah yang dilakukan dengan menambah atau mengurangkan, terikat dengan cara-cara tertentu dalam melakukan ibadat yang mutlak adalah termasuk dalam masalah khilafiah. Setiap orang mempunyai pendapat yang tertentu. Tidak menjadi kesalahan mencari hakikat melalui bukti dan dalil.
  13. Mencintai para salihin dan memuji-muji mereka berdasarkan amal-amal saleh yang mereka lakukan adalah sebahagian daripada taqarrub (menghampirkan diri kepada Allah).
  14. Menziarahi kuburan walaubagaimanapun adalah sunnah yang disyariatkan dan mestilah dengan syarat menurut cara yang diterima dan Rasulullah (s.a.w). Tetapi meminta pertolongan dari si mati, walaubagaimana bentuk sekalipun, demikian juga menyeru mereka supaya memberi pertolongan, meminta mereka menunaikan hajat, dari jauh atau dekat, bernazar kepada
    mereka, membina perkuburan, mengelambuinya,meneranginya dengan lampu dan memperluaskannya, juga bersumpah dengan nama selain Allah dan perkara-perkara yang seumpamanya, adalah bidaah dan dosa besar yang wajib diperangi. Kita tidak melakukan perkara-perkara tersebut demi menutup puncapunca kemungkaran.
  15. Doa yang dilakukan secara bertawassul (perantaraan) kepada Allah melalui makhluknya, adalah termasuk dalam masalah khilafiah pada segi kaifiat berdoa dan tidak termasuk dalam masalah aqidah.
  16. Uruf (kebiasaan) yang salah tidak dapat merubah makna-makna lafazlafaz syariat yang hakiki, malah wajiblah kita mempastikan batas makna yang dimaksudkan oleh lafaz-lafaz itu. Kita haruslah membataskan maknanya pada pengertian yang dimaksudkan itu sahaja. Kita harus berwaspada dan tertipu dengan perkataan-perkataan dalam semua bidang, dunia dan agama. Pengukuran haruslah berdasarkan kepada hakikat sesuatu benda itu, bukan kepada nama yang berikan.
  17. Akidah adalah asas kepada amal. Amal hati lebih penting dari anggota. Mencari kesempurnaan dalam kedua-dua bidang ini (amal hati dan amal anggota) adalah dituntut syarat, sekalipun taraf tuntutan itu tidak sama.
  18. Islam membebaskan akal, mendorong supaya menilik dan mengamati kejadian alam keliling. Islam menjunjung tinggi kedudukan ilmu dan ulamak. Mengalu-alukan sesuatu yang baik dan bermanfaat. Hikmah adalah merupakan suatu barang yang hilang dari seorang mukmin, di mana saja beliau mendapatinya beliaulah yang lebih berhak memilikinya.
  19. Boleh jadi masalah yang dibincangkan oleh syariat berlainan dengan masalah yang dibincangkan oleh akal, namun demikian syariat dan akal tidak akan bercanggah dalam perkara-perkara yang telah menjadi hakikat dan kenyataan. Percanggahan tidak akan berlaku antara hakikat ilmiah yang sah dengan kaedah syariat yang telah sabit. Perkara-perkara yang zanni (belum putus) dari sudut akal dan syariat haruslah ditafsirkan supaya bersesuaian dengan hakikat yang telah putus. Sekiranya pandangan syariat dan akal dalam sesuatu masalah itu masih zanni, maka pandangan syariat haruslah diutamakan untuk diikuti, hinggalah pandangan akal dalam masalah tersebut dapat membuktikan kebenarannya atau gugur dengan sendirinya.
  20. Kita tidak mengkafirkan seorang Muslim berdasarkan pendapat atau maksiat yang dilakukannya sedangkan beliau telah mengucap dua kalimah syahadah dan melakukan tuntutan syahadahnya iaitu dengan melakukan sesuatu yang telah difardukan kepadanya, kecualilah beliau berikrar dan mengakui kekufurannya, atau beliau mengingkari perkara yang diketahui secara pasti dalam agama, atau beliau mendustakan lafaz dan pengertian Al-Quran yang terang dan jelas, atau beliau menafsirkan Al-Quran dengan penafsiran yang tidak sesuai dengan aliran bahasa Arab atau beliau melakukan perbuatan yang tidak dapat ditafsirkan dengan tafsiran selain dari kekufuran.

Selasa, 16 April 2013

Republik #Jancukers

cover Republik #Jancukers


Jika dengan "Jancuk" pun tak sanggup aku menjumpaimu dengan air mata mana lagi dapat kuketuk pintu hatimu


"Jancuk" atau biasa disingkat "cuk" seperti pisau. Ia serba guna. Dengan niat tak tulus ia dapat menyakiti. Tapi, dengan kehendak untuk akrab, kehendak untuk hangat sekaligus cair dalam menggalang pergaulan, "Jancuk" laksana pisau bagi oarang sedang memasak. "Jancuk" dapat mengolah bahan-bahan menjadi jamuan pengantar perbincangan dan tawa-tiwi di meja makan.

Selasa, 02 April 2013

HEPATITIS


Penyakit Hepatitis adalah penyakit yang menyerang salah satu organ penting dalam tubuh kita yaitu organ hati. Penyakit Hepatitis atau penyakit kuning adalah segala hal bentuk peradangan yang menyerang organ tubuh yang disebut dengan hati ataupun liver.
Beberapa jenis penyakit hepatitis
  1. Hepatitis A. Penyakit hepatitis A merupakan hepatitis yang masih sering mewabah dan umumnya terjadi di daerah yang kurang terjaga higienitas dan juga sanitasinya. Hepatitis A ini menular melalui makanan dan minuman yang tercemar kotoran penderita Hepatitis A. Selain itu, seseorang juga beresiko terkena penyakit hepatitis A jika ia memiliki kebiasaan jajan makanan dan minuman di sembarang tempat. Hepatitis A adalah golongan penyakit Hepatitis yang ringan dan jarang sekali menyebabkan kematian, Virus hepatitis A (VHA=Virus Hepatitis A) penyebarannya melalui kotoran /tinja penderita yang penularannya melalui makanan dan minuman yang terkomtaminasi, bukan melalui aktivitas sexual atau melalui darah. Penyakit Hepatitis A memiliki masa inkubasi 2 sampai 6 minggu sejak penularan terjadi, barulah kemudian penderita menunjukkan beberapa tanda dan gejala terserang penyakit Hepatitis A.
  2. Hepatitis B. Hepatitis B ini merupakan masalah yang paling serius dapat ditimbulkan oleh virus hepatitis. Seseorang yang terpapar ( virus hepatitis B = VHB ) beresiko untuk mengalami serosis (pengerutan hati) dan kanker hati. Virus ini menular melalui kontak seksual, terkena cairan tubuh yang terinfeksi, serta dari ibu kepada janinnya. Hepatitis B merupakan salah satu penyakit menular yang tergolong berbahaya didunia. Hepatitis B dapat menyerang siapa saja, akan tetapi umumnya bagi mereka yang berusia produktif akan lebih beresiko terkena penyakit ini.
  3. Hepatitis C. Hepatitis C ini sama seperti hepatitis B, virus hepatitis C (VHC) merupakan penyebab utama hepatitis akut dan penyakit hati kronis. Cara penularannya adalah melalui media darah, misal transfusi dan berbagi jarum suntik yang sama dengan pengidap hepatitis C. Penderita Hepatitis C kadang tidak menampakkan gejala yang jelas, akan tetapi pada penderita Hepatitis C kronik menyebabkan kerusakan / kematian sel-sel hati dan terdeteksi sebagai kanker hati. Sejumlah 85% dari kasus penyakit hepatitis C ini, infeksi Hepatitis C menjadi kronis dan secara perlahan merusak hati selama periode bertahun-tahun.

Makanan untuk penderita Hepatitis
  • Makanan yang mengandungkalori (karbohidrat) tinggi dan mudah dicerna tubuh  (tidak mengandung bumbu cabai ataupun lada, serta bahan pengawet)
  • Makanan yang memiliki lemak rendah sampai sedang
  • Protein (70-100 gram) seperti bubur kacang hijau, susu, telur rebus, ikan, daging atau ayam yang dipanggang, diungkep atau di tim
  • Hindari makanan yang mengandung gas seperti ubi, kol, kacang merah, durian, nangka, mentimun
  • Hindari makanan dan minuman yang mengndung alcohol
  • Mengkonsumsi cukup mineral dan kandungan garam rendah (semua sayuran yang dibuat tumis atau sup dan buah-buahan yang tidak bergas)

SALAM SEHAT!


Sabtu, 02 Maret 2013

You Should Know

I don't know how to say this
but I thank you very much
for always being there for me
you're gentle, friendly touch..

You helped me to get better
and stop what I regret
you helped me through the hard times
that, I can't forget
thank you..

You listened to my problems
in a kind and caring way
and without you
I may not be smiling today
thank you.

I trust you with my secrets
the no one has been told
I trust you with my feelings
and in my heart, your words I'll take
until I'm grey and old
thank you.

Source: You Should Know, Thank You Poem for Friends http://www.familyfriendpoems.com/poem/you-should-know#ixzz2MOKRY4cr
www.FamilyFriendPoems.com

Merindukan Kebersamaan ini...

Kesma BEM FPIK 2012_BEM Camp Gedong Songo


Kesma BEM FPIK 2011
BEM FPIK 2012

waktu berjalan begitu cepat, tak terasa perjuangan ini sudah sampai di ujung jalan,.. tapi estafet perjuangan akan terus dilanjutakan oleh penerus "perjuangan penuh makna"